Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari

Hits: 718

Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari merupakan akademi bola sepak Malaysia yang ditubuhkan pada 10 April 2014 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Objektifnya ialah membawa dimensi baharu dalam bola sepak negara dengan latihan berprestasi tinggi dan pendedahan bakat di peringkat antarabangsa. Akademi ini dinamakan sempena pemain bola sepak terulung negara, Mokhtar Dahari.[1]

Akademi ini ditubuhkan menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) itu dibangunkan sebagai ekosistem dan pusat kecemerlangan sukan kepada pelajar dari seluruh negara.[2] Terletak di GambangPahang kerja menaik taraf akademi ini dimulakan pada 2016 dan siap sepenuhnya pada 2018.[3]

  • Project Status
    Completed
Tagged under: Goverment